Oleh Daniel Lim
BELAIT, 20 JAN – Anggota Bahagian Belia Persatuan Hokkien Brunei Darussalam menyambut Tahun Baharu Cina bersama warga emas yang tinggal di Rumah Orang Tua, Seria kelmarin.
Mengetuai kontinjen melawat pusat itu ialah Ketua Bahagian Belia Persatuan Hokkien Brunei, Chua Teng Kiat.
Selain memberikan beg cendera hati dan sampul merah kepada warga emas, acara juga turut diserikan dengan menyanyikan lagu perayaan Tahun Baru Cina bagi memeriahkan lagi suasana sambutan.
Persatuan itu berharap kunjungan mereka membawa kegembiraan kepada warga emas untuk mendapat berkat tahun yang baik sempena Tahun Ular.