Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Ledakan Tonga ratusan kali lebih kuat daripada bom atom

    NUKU’ALOFA, TONGA, 24 JAN – Letusan gunung berapi Tonga menghasilkan kuasa letupan jauh lebih kuat berbanding bom atom di Hiroshima, kata saintis-saintis NASA, ketika mangsa terselamat hari ini menggambarkan tentang kekuatan letupan itu.

    Balai Cerap Bumi NASA berkata gunung berapi Tonga-Hunga Ha’apai memuntahkan puing-puing setinggi 40km ke ruang udara semasa ledakan 15 Januari yang mencetuskan ombak tsunami besar.

    “Kami rasa jumlah tenaga yang dikeluarkan oleh ledakan itu bersamaan dengan sekitar lima hingga 30 megatan (lima hingga 30 juta tan) TNT,” kata saintis NASA, Jim Garvin dalam siaran akhbar.

    NASA berkata ledakan itu ratusan kali lebih kuat daripada bom atom AS yang digugurkan di bandar Hiroshima, Jepun pada Ogos 1945, yang dianggarkan sekitar 15 kilotan (15,000 ton) TNT.

    Agensi itu berkata ledakan itu ‘menghapuskan’ pulau gunung berapi kira-kira 65km utara bandar Tonga, Nuku’alofa.

    Ia menyelubungi kerajaan pulau dengan 100,000 lapisan debu bertoksik, mencemari air minuman, memusnahkan tanaman dan melenyapkan kira-kira dua buah kampung.

    Ia juga meragut tiga nyawa di Tonga dan mengakibatkan dua pengunjung pantai mati lemas di Peru selepas ombak mengerikan membadai negara Amerika Selatan itu.

    Skala kemusnahan di Tonga masih belum jelas ketika komunikasi di pulau terpencil itu masih terjejas.

    Hari ini, Jepun, New Zealand dan pasukan pertahanan Australia telah memulakan penghantaran bantuan seperti air, makanan, perubatan dan peralatan telekomunikasi, dengan mengekalkan protokol ketat COVID-19 untuk memulihara status bebas virus Tonga. – AFP

    Anggota tentera Jepun memunggah bekalan bantuan ke kapal Osumi sebelum berlepas ke Tonga. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...