Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Leicester menang rayuan, elak potongan mata

    LONDON, 4 SEPT – Leicester City menang dalam rayuan terhadap keputusan bahawa suruhanjaya bebas yang memutuskan kes itu untuk mempertimbangkan dakwaan melanggar peraturan keuntungan dan kelestarian (PSR) Liga Pertana Inggeris.

    Liga Perdana Inggeris lewat malam kelmarin menyatakan bahawa mereka ‘terkejut dan kecewa’ dengan keputusan untuk membenarkan rayuan Leicester, yang bermakna kelab tersebut akan terlepas daripada potongan mata.

    Lembaga rayuan bebas mendapati bahawa tempoh perakaunan Leicester – selepas dakwaan bahawa kelab tersebut telah melebihi kerugian maksimum yang dibenarkan sebanyak (AS$138 juta) dalam tempoh tiga musim – berakhir pada 30 Jun 2023, selepas kelab itu disingkirkan dari Liga Perdana.

    Keputusan Lembaga Rayuan secara berkesan bermakna, meskipun kelab itu menjadi ahli liga dari musim 2019-2020 hingga 2022-23, liga tidak boleh mengambil tindakan terhadap kelab kerana melebihi ambang PSR yang berkaitan dengan tempoh perakaunan tersebut.

    Leicester menyambut baik keputusan itu, sambil menambah bahawa keputusan tersebut menyokong ‘pendirian kami yang telah dinyatakan secara konsisten bahawa sebarang tindakan terhadap kelab harus dijalankan mengikut peraturan yang berkuat kuasa’.

    Leicester City mengejutkan dunia pada 2016 selepas menjuarai Liga Perdana dan mungkin akan dikenakan potongan mata jika didapati melanggar peraturan kewangan. – AFP

    Pemain tengah Aston Villa bersaing dengan pertahanan Itali dari Leicester City semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Leicester City dan Aston Villa pada 31 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda