Thursday, November 28, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki didakwa berkelakuan zalim terhadap kanggaru

    SYDNEY, 27 NOV – Seorang lelaki berusia 20 tahun, yang didakwa kerana sengaja melanggar beberapa ekor kanggaru serta mencacatkan badan seekor daripadanya, akan hadir di mahkamah Sydney hari ini, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Lelaki yang berasal dari Northern Beaches di Sydney didakwa pada Oktober atas tuduhan termasuk kezaliman dan kecederaan serius terhadap haiwan, kata pihak polis New South Wales (NSW) hari ini.

    Lelaki itu dikenal pasti selepas pihak polis menjumpai rakaman CCTV yang menunjukkan sebuah kenderaan secara sengaja melanggar kanggaru berhampiran Lithgow, di barat laut Sydney.

    Polis NSW berkata pihaknya akan menunjukkan bukti bahawa lelaki itu dengan sengaja melanggar beberapa ekor kanggaru dewasa termasuk anaknya sebelum mencacatkan badan seekor daripada haiwan itu. – Bernama

    PHOTO: FREEPIK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda