Sunday, September 15, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki tahan wanita sebagai tawanan lebih lima tahun

    WARSAW, 1 SEPT – Seorang lelaki di Poland dituduh menahan dan mendera seorang wanita di dalam kandang babi selama lebih lima tahun, menurut laporan saluran berita Polsat hari ini, memetik maklumat daripada pejabat pendakwa raya, seperti yang dilaporkan agensi berita Jerman (dpa).

    Lelaki berusia 35 tahun itu dituduh mendera wanita itu, yang lima tahun lebih muda daripadanya, dengan kekerasan fizikal dan psikologi yang teruk, termasuk pemerkosaan berulang kali dan memperlakukannya dengan kekejaman melampau.

    Aksesnya kepada air dan produk kebersihan dihadkan. Siasatan sedang dijalankan.

    Jika disabitkan kesalahan, lelaki dari kampung Gaiki berhampiran Glogow di barat Poland itu boleh menghadapi hukuman penjara sehingga 25 tahun.

    Sebuah hospital memaklumkan pihak berkuasa, selepas wanita itu dibawa ke hospital kerana bahu terkehel, pendakwa raya di Glogow memberitahu penyiar itu.

    Tahap kecederaan lama yang dialami wanita itu mengejutkan doktor.

    Wanita itu melahirkan seorang anak di hospital beberapa ketika dahulu tetapi diserahkan untuk dijadikan anak angkat, lapor berita Polsat.

    “Saya tidak boleh memberitahu doktor yang sebenarnya, saya takut kerana dia mengancam saya, ia akan menjadi lebih teruk jika saya mengadu,” kata wanita berusia 30 tahun itu kepada portal berita tempatan MyGl ogow.pl.

    Pihak berkuasa memerintahkan pemeriksaan rumah dan akan memohon waran tangkap. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda