HUNGARORING, 19 JULAI – Kevin Magnussen berkata dia ‘kecewa’ kehilangan tempatnya di Haas tetapi menegaskan dia menyasarkan untuk kekal dalam Formula Satu (F1) tahun depan bersama pasukan saingan.
Pemandu Denmark berusia 31 tahun itu berkata kepada pemberita menjelang Grand Prix (GP) Hungary hujung minggu ini bahawa pemergiannya adalah untuk memberi tumpuan kepada masa depannya.
Walau bagaimanapun, dia mengakui segala-galanya tertangguh ketika para pasukan menunggu untuk melihat langkah seterusnya apabila Carlos Sainz akan digantikan oleh Lewis Hamilton bagi pasukan Ferrari.
“Saya rasa ada projek menarik lain di luar sana dan masih ada tempat duduk dalam F1,” katanya.
“Itu boleh jadi menarik.Sudah tentu, Carlos masih menangguhkan semua proses itu, tetapi akhirnya ia akan bergerak.
“Jadi, buat masa ini, perkara terbaik yang boleh saya lakukan ialah memberi tumpuan untuk melakukan perlumbaan yang baik dan kemudian bersaing untuk kerusi itu apabila ia tersedia,” ujarnya lagi. – AFP