Saturday, May 11, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Majlis Doa Kesyukuran bagi bakal jemaah haji

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Kementerian Pendidikan melalui Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan dan Pusat Keusahawanan Inovasi hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Doa Selamat bagi 63 orang bakal jemaah haji terdiri daripada pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan bertempat di Dewan Utama, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Awang Muhamad Amin bin Haji Salim dan disusuli dengan ceramah bertajuk ‘Meraih Haji Yang Mabrur’ disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama/Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Dakwah, Pusat Dakwah Islamiah, Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa.

    Majlis diikuti dengan penyampaian sumbangan derma kepada bakal-bakal jemaah haji dan cenderahati kepada jemputan pembaca doa dan penceramah yang disempurnakan oleh tetamu kehormat. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Majlis tersebut diadakan tujuan untuk memohon keberkatan daripada Allah SWT agar kesemua bakal jemaah haji akan mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dalam keadaan sihat serta memperoleh haji yang mabrur.

    Selain itu, ia juga bertujuan untuk meningkatkan semangat untuk beramal ibadat dan sikap pemedulian di kalangan warga Kementerian Pendidikan khasnya.

    Turut hadir ke majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan, Dr Haji Azman bin Ahmad; timbalan-timbalan setiausaha tetap ketua-ketua jabatan, bahagian, pusat dan unit serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

    Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah semasa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang bakal jemaah haji.
    Haji Muskrisman semasa menyampaikan ceramah pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...