Monday, September 30, 2024
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam rai murid Darjah 6

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Seramai 43 orang murid Darjah 6 yang terdiri daripada 20 orang murid lelaki dan 23 orang murid perempuan Sekolah Ugama (SU) Pengiran Muda Abdul Malik, Bengkurong telah diraikan setelah berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran pada majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna SU Pengiran Anak Puteri Amal Umi Kalthum Al-Islam, Kampung Mulaut, petang kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Ketua Bahagian Kewangan, Jabatan Pengajian Islam (JPI), KHEU, Haji Amin bin Haji Tengah.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai tetamu kehormat.

    Acara diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam diikuti dengan bacaan takhtim oleh murid-murid perempuan Darjah 4 dan 5. Manakala Doa Khatam dibacakan oleh salah seorang peserta khatam, Awang Mohd Irfan Wafri bin Sahdan. Majlis turut diserikan dengan persembahan dikir dan diteruskan dengan penyampaian sijil khatam oleh tetamu kehormat.

    Acara berakhir dengan Doa Selamat dibacakan oleh Haji Mohd Wafiuddin bin Haji Azahari.

    Majlis itu bertujuan bagi menyahut hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi celik Al-Quran, di samping sebagai galakan kepada murid-murid untuk menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai budaya hidup dan amalan harian.

    ATAS & BAWAH: Haji Amin semasa menyerahkan sijil khatam kepada para peserta khatam yang diraikan. – GAMBAR SERAHAN JPI, KHEU
    GAMBAR SERAHAN JPI, KHEU
    Antara pelajar yang diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JPI, KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda