Wednesday, December 4, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makmurkan rumah Allah secara istiqamah

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Dengan hasrat murni mengajak orang ramai terutama para pengunjung acara Bandarku Ceria bagi memohon keberkatan memulakan hari dengan meraih keberkatan, Program Masjidku Makmur, Negara Berkat telah diadakan awal pagi tadi bertempat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan.

    Hadir pada program kerohanian itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat.

    Pengisian atur cara program termasuk Sembahyang Fardu Subuh berjemaah dan tazkirah bertajuk Imarah Masjid di Zaman Rasulullah SAW disampaikan oleh Penolong Pensyarah Pusat Pengajian Jawi dan Kitab Turath, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Awang Abdul Rahman bin Haji Ajak.

    Program itu bertujuan menyemai penglibatan masyarakat Islam di negara ini untuk terus memakmurkan rumah Allah di samping merebut ganjaran pahala melalui bacaan wirid-wirid selepas sembahyang dan aktiviti keagamaan yang diaturkan.

    Awang Abdul Rahman menyampaikan ceramah pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    Yang Berhormat Awang Lawi hadir pada Program ‘Masjidku Makmur, Negara Berkat’ bertempat di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda