Sunday, September 15, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia, Singapura destinasi pelaburan sepadu di JS-SEZ

    SINGAPURA, 30 OGOS – Malaysia dan Singapura sebagai destinasi pelaburan sepadu di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menawarkan pangkalan serantau stabil dan berdaya tahan untuk perniagaan, khususnya dalam senario ketegangan geopolitik yang kian meruncing.

    Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar berkata sinergi dan sifat saling melengkapi kedua-dua negara yang dinamik itu juga ketara selain berpotensi besar dalam menangani gangguan luar.

    “Hubungan antara Malaysia dan Singapura adalah (bukti) saling melengkapi yang unik dan menawarkan perniagaan dengan manfaat daripada kedua-dua negara.

    “Jika Singapura cemerlang sebagai hab kewangan global dengan prasarana bertaraf dunia, Malaysia pula menawarkan ruang, sumber dan kecekapan kos yang diperlukan bagi tujuan operasi serta pengeluaran berskala besar,” katanya pada sesi Malaysia Breakout di Persidangan ASEAN 2024, kelmarin.

    Bertemakan Reimagining ASEAN for a Sustainable Tomorrow, persidangan itu dianjurkan oleh Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) bagi mengenal pasti trend baharu selain meninjau kaedah untuk perniagaan memanfaatkan sumber baharu untuk memacu fasa pertumbuhan selanjutnya. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda