Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Mattarella angkat sumpah presiden Itali

    ROM, ITALI, 4 FEB – Presiden Itali Sergio Mattarella mengangkat sumpah pada Khamis, secara rasmi menerima mandat bagi penggal kedua untuk tempoh tujuh tahun.

    Pemilihan semula beliau – yang memperoleh undi majoriti parlimen pada 29 Jan – berlaku selepas parti-parti politik utama negara itu gagal mencapai persetujuan terhadap pencalonan bagi presiden baharu.

    Meskipun menolak pada awalnya, Mattarella bersetuju menggalas tugas itu bagi penggal kedua atas dasar ‘rasa tanggungjawab terhadap kecemasan kesihatan dan ekonomi semasa’ yang dikaitkan dengan pandemik COVID-19.

    Dalam ucapan pertama pada Khamis, beliau sekali lagi menegaskannya.

    “Parlimen dan wakil wilayah membuat pilihan mereka… ia merupakan panggilan tugas baharu dan tidak dijangka bagi saya, yang tidak boleh saya elak,” katanya, lapor Xinhua. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...