Oleh Daniel Lim –
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Seorang individu dikenakan denda kompaun $100 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kerana membuang bekas makanan dan minuman di Dermaga Diraja, di ibu negara, kelmarin.
Nazim bin Mohd Atan didenda di bawah Akta Kesalahan Rampaian (Pindaan) 2021 dan diberikan tempoh tujuh hari untuk membayar denda atau menghadapi tindakan mahkamah.
Jika sabit kesalahan, denda boleh dikenakan antara $1,000 hingga $3,000 untuk kesalahan pertama dan tidak melebihi $9,000 atau enam bulan penjara untuk kesalahan berulang atau kedua-duanya sekali.
Jabatan tersebut terus mengingatkan tentang tanggungjawab orang ramai untuk memastikan alam sekitar supaya sentiasa bersih.