Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Menteri luar China bincang inisiatif jalur dan laluan

    COLOMBO, SRI LANKA, 9 JAN – Menteri Luar China, Wang Yi berada di Sri Lanka hari ini untuk memajukan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) Beijing yang bercita-cita tinggi ketika negara pulau itu cuba menyelamatkan diri daripada krisis mata wang asing dan hutang, sebahagiannya disebabkan oleh infrastruktur yang dibina dengan pinjaman China yang tidak menjana pendapatan.

    Wang tiba di Sri Lanka kelmarin dari Maldives dalam bahagian terakhir kunjungan yang juga membawanya ke Eritrea, Kenya dan Comoros di Afrika.

    Di Sri Lanka, Wang bertemu dengan presiden Gotabaya Rajapaksa dan perdana menteri Mahinda Rajapaksa. Kemudian, Wang dan perdana menteri dijangka menyampaikan ucapan di bandar pelabuhan Colombo, sebuah pulau yang dibangunkan dengan pelaburan China.

    Lawatan itu diadakan ketika Sri Lanka menghadapi salah satu krisis ekonomi terburuknya, dengan rizab asing turun kepada sekitar AS$1.6 bilion, hampir tidak cukup untuk import beberapa minggu. Ia juga mempunyai obligasi hutang asing melebihi AS$7 bilion pada 2022, termasuk pembayaran balik bon bernilai AS$50 juta pada Januari dan AS$1 bilion pada bulan Julai.

    China meminjamkan wang untuk membina pelabuhan dan lapangan terbang di daerah Hambantota selatan, selain rangkaian jalan raya yang luas. Tetapi projek-projek itu gagal menjana keuntungan.

    Angka Bank Pusat menunjukkan bahawa pinjaman China semasa kepada Sri Lanka berjumlah sekitar AS$3.38 bilion tidak termasuk pinjaman kepada perniagaan milik kerajaan, yang diambil kira secara berasingan.

    “Secara teknikal kami boleh mendakwa kami muflis sekarang,” kata Muttukrishna Sarvananthan, penyelidik utama di institut pembangunan Point Pedro. “Apabila awda mempunyai rizab asing dalam keadaan debit, itu bermakna awda secara teknikalnya muflis.” – AP

    Gotabaya Rajapaksa dan Wang Yi tiba di projek penambakan laut yang dibiayai oleh China di Colombo, Sri Lanka. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...