Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    164 terkorban rusuhan di Kazakhstan

    ALMATY, 9 JAN – Sekurang-kurangnya 164 orang terkorban di Kazakhstan ketika rusuhan ganas mengemparkan negara terbesar di Asia Tengah minggu ini, menurut laporan media hari ini yang dipetik dari Kementerian Kesihatan.

    Negara yang kaya dengan sumber tenaga dan mempunyai 19 juta penduduk itu dikejutkan dengan rusuhan selama seminggu dan hampir 6,000 orang – termasuk beberapa warga asing – telah ditahan rentetan rusuhan terbabit.

    Kira-kira 103 yang terkorban dilaporkan di bandar terbesar Almaty, yang menyaksikan pertelingkahan ganas antara pihak pembantah dan pasukan polis.

    Angka terbaharu itu menandakan peningkatan drastik jumlah kematian dengan pegawai sebelumnya mengatakan 26 ‘penjenayah bersenjata’ telah dibunuh manakala 16 anggota keselamatan terkorban.

    Secara keseluruhan 6,000 orang telah ditahan untuk disoal siasat, menurut kenyataan presiden hari ini.

    Penduduk Kazakhstan berjalan melintasi kereta terbakar selepas pertikaian berlaku di jalan raya di Almaty. Kementerian Kesihatan Kazakhstan melaporkan sekurang-kurangnya 164 terkorban semasa bantahan sejak minggu lalu.- AP

    Angka tersebut “termasuk sebilangan warganegara asing” namun tidak menjelaskan secara terperinci.

    “Situasi semakin stabil di semua wilayah di negara ini,” meskipun pihak keselamatan berterusan operasi ‘membersih’, tambah kenyataan selepas presiden Kassym-Jomart Tokayev mengadakan perjumpaan tergempar.

    Lonjakan harga minyak mencetuskan bantahan yang berlaku minggu lalu di kawasan wilayah barat namun pantas merebak ke bandar-bandar besar, termasuk hab ekonomi Almaty, di mana rusuhan tercetus dan pasukan polis melepaskan tembakan menggunakan peluru hidup.

    Menteri hal ehwal dalam negeri, dipetik oleh media tempatan hari ini, berkata jumlah kerosakan harta benda kira-kira 175 juta euro.

    Lebih 100 perniagaan dan bank diserang dan dirompak serta lebih 400 kenderaan musnah dirosakkan, menurut laporan kementerian.

    Pasar raya-pasar raya kembali dibuka semula hari ini, menurut media, di tengah-tengah kebimbangan mengenai kekurangan bekalan makanan.

    Kazakhstan kelmarin berkata bekas ketua keselamatannya telah ditahan kerana disyaki khianat, ketika Rusia membidas kritikan Amerika Syarikat kerana mengerahkan askarnya ke negara dilanda krisis. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...