Thursday, December 19, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Menteri Luar Malaysia didenda merokok di kedai makan

    KUALA LUMPUR, 18 DIS – Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan, akan dikenakan denda kerana merokok di kawasan larangan merokok, kata Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad, hari ini.

    Dr Dzulkefly sebelum ini memuat naik semula gambar Datuk Seri Mohamad Hasan yang sedang merokok di sebuah kedai makan tepi jalan di Negeri Sembilan menerusi platform media sosial X.

    Merokok di tempat makan dan restoran telah diharamkan di Malaysia sejak 2019, dengan langkah penguatkuasaan lebih ketat diperkenalkan pada Oktober tahun ini.

    “Pejabat Menteri Luar telah dimaklumkan mengenai perkara ini,” kata Dr Dzulkefly menerusi X, sambil menambah Datuk Seri Mohamad sendiri meminta untuk dikenakan denda atas kesalahan itu.

    Di bawah undang-undang Malaysia, individu yang melanggar larangan merokok boleh didenda sehingga RM5,000.

    Datuk Seri Mohamad hari ini memohon maaf secara terbuka dan mengesahkan telah menerima notis pelanggaran daripada pihak berkuasa kesihatan, namun jumlah denda yang dikenakan masih belum diumumkan.

    “Saya dengan rendah hati memohon maaf jika perkara ini telah menjadi isu dalam kalangan masyarakat. Saya akan membayar denda tersebut dan saya berharap jumlahnya tidak terlalu tinggi,” katanya seperti yang dipetik akhbar The Star. – AFP

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda