WASHINGTON, 16 OKT – Seorang lelaki dari India mempamerkan kemahiran kejuruteraan miniaturnya dengan mencipta mesin basuh terkecil di dunia yang berukuran hanya 1.28 inci panjang, 1.32 inci lebar dan 1.52 inci tinggi.
Menurut United Press International (UPI), Guinness World Records mengesahkan bahawa mesin basuh hasil ciptaan Sebin Saji, yang lebih kecil daripada mainan haiwan peliharaan digital Tamagotchi, kini memegang gelaran sebagai mesin basuh terkecil di dunia.
Bagi memenuhi syarat rekod, Saji perlu membuktikan bahawa mesin basuhnya berfungsi dengan baik dan mampu menjalankan kitaran penuh – mencuci, membilas, dan mengeringkan.
Mesin basuh itu, yang diukur menggunakan angkup digital khas, hanya seberat 0.88 auns – melebihi berat dua biskut Oreo.- Bernama