Monday, May 13, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Mesyuarat Khas WEF bermula di Riyadh

    RIYADH, 28 APRIL – Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) bermula di Riyadh, Arab Saudi hari ini, dengan matlamat untuk mencari penyelesaian kepada pelbagai cabaran global berkaitan isu kemanusiaan, iklim dan ekonomi.

    Bertemakan ‘Kerjasama Global, Pertumbuhan dan Tenaga untuk Pembangunan’, mesyuarat dua hari  yang disertai lebih 1,000 pemimpin dunia daripada 92 negara, termasuk ketua negara dan kerajaan, ahli pemikir dari sektor awam dan swasta, selain organisasi antarabangsa, institusi akademik dan badan bukan kerajaan (NGO).

    Presiden WEF Borge Brende kelmarin berkata Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken juga dijangka hadir pada mesyuarat dihoskan Arab Saudi itu.

    Speaker lain termasuklah Presiden Rwanda Paul Kagame, Presiden Nigeria Bola Ahmed Tinubu, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Kristalina Georgieva, Ketua Pegawai Eksekutif Lazard Group LLC Peter Orszag dan Brende.

    WEF menyatakan bahawa mesyuarat khas itu, akan membolehkan dialog komprehensif mengenai memanfaatkan kerjasama global untuk pembangunan ekonomi dan menggalakkan peralihan tenaga global yang menyokong kelestarian.

    Mesyuarat itu juga akan memajukan inisiatif forum utama di rantau ini dan lebih luas lagi, dengan matlamat merapatkan jurang Utara-Selatan yang semakin meningkat, yang telah diperluaskan lagi oleh isu seperti dasar ekonomi baru muncul, peralihan tenaga dan kejutan geopolitik. – Bernama

    Orang ramai menghadiri panel semasa Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia di Riyadh pada hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah Nepal perintah had permit daki Everest

    KATHMANDU, 12 MEI - Mahkamah Agung Nepal memerintahkan kerajaan untuk mengehadkan bilangan permit mendaki gunung yang dikeluarkan untuk Everest dan puncak lain. Seorang peguam...