Friday, May 17, 2024
27.7 C
Brunei

    -

    Microsoft umumkan pelaburan AS$2.2 bilion AI, cloud di Malaysia

    KUALA LUMPUR, 2 MEI – Microsoft berkata pada hari ini menjanjikan pelaburan AS$2.2 bilion dalam kecerdasan buatan (AI)dan pengkomputeran awan (cloud) di Malaysia untuk membantu membangunkan infrastruktur AI negara.

    Ketua eksekutif gergasi teknologi itu, Satya Nadella sedang dalam lawatan tiga negara ke Asia Tenggara iaitu Indonesia, Thailand dan Malaysia, untuk mengumumkan pelbagai pelaburan dalam pusat data, AI dan perkhidmatan awan.

    “Hari ini, Microsoft mengumumkan ia akan melabur AS$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong transformasi digital Malaysia – pelaburan tunggal terbesar dalam sejarah 32 tahunnya di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semasa Ketua Pegawai Eksekutif, Satya Nadella memberi ucaptamanya di Kuala Lumpur.

    Ia berkata wang tunai itu akan membantu membina infrastruktur AI dan awan di Malaysia, mewujudkan pusat kecemerlangan AI dan memberi latihan AI kepada seramai 200,000 rakyat Malaysia.

    “Kami komited untuk menyokong transformasi AI Malaysia dan memastikan ia memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia,” kata Nadella dalam kenyataan itu.

    “Pelaburan kami dalam infrastruktur dan kemahiran digital akan membantu perniagaan, komuniti dan pemaju Malaysia menggunakan teknologi terkini untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan inovasi yang inklusif di seluruh negara.”

    Beliau juga mengesahkan pelaburan itu dalam ucaptamanya, berkata beliau sangat gembira mengumumkan pembesaran itu.

    Ikrar itu dibuat selepas beliau mengumumkan pelaburan AS$1.7 bilion di Indonesia dan wilayah pusat data pertama Thailand minggu ini untuk meningkatkan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan. – AFP

    Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft semasa menyampaikan ucapan semasa acara ‘Microsoft Build AI Day’ di Kuala Lumpur pada hari ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua sekolah dibina semula dengan bantuan China

    KATHMANDU, 16 MEI - Dua sekolah awam yang dibina semula dengan bantuan orang Cina di daerah Dolakha Nepal telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan,...