Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Barang tegahan dirampas di barek Tutong

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 APRIL – Sejumlah empat katon, satu vape dan 35 paket rokok pelbagai jenama berjaya dirampas dalam satu Operasi Sepadu Penguatkuasa Undang-Undang yang terdiri daripada Daerah Polis Tutong Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), telah dijalankan baru-baru ini.

    Hasil daripada operasi tersebut telah juga menemukan telefon bimbit dan wang dipercayai hasil dari penjualan rokok.

    Operasi Sepadu tersebut menyasarkan ke sebuah barek kerajaan di Daerah Tutong, di mana barek tersebut didapati menjual barang-barang tertegah iaitu rokok pelbagai jenama.

    Kesemua barangan telah dirampas dan seorang suspek warganegara tempatan, berumur 47 tahun telah diarahkan untuk melaporkan diri untuk siasatan lanjut oleh pihak JKED.

    PPDB serta agensi penguatkuasa yang lain juga ingin menasihatkan kepada orang ramai akan sentiasa berwaspada dan memberikan kerjasama jitu dalam perkongsian maklumat bagi pembenterasan segala kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang tanpa sebarang pembendungan dan tindakan sewajarnya.

    – Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...