Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mohamad Alim ungguli Beyblade X Terbuka

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Awang Mohamad Alim bin Raduan dari Pasukan DBos Beys berjaya mengungguli Kejohanan Beyblade X Kategori 3 on 3 Terbuka apabila menewaskan Awang Mohammad Erwan Shah bin Haji Tengah daripada Pasukan Jakusha Bladers dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Beli belah Aman Hill, Kampung Sungai Tilong, baru-baru ini.

    Dengan kemenangan tersebut, Awang Mohamad Alim membawa pulang hadiah utama berupa sebuah TV pintar 24 inci dan blender.

    Sementara itu, Awang Mohamad Alim turut menduduki tempat ketiga, manakala Haji Rosaimi bin Haji Lamit daripada pasukan yang sama meraih tempat keempat.

    Dalam Kategori 2 on 2 Junior, Awang Muhd Aqil Atthar bin Mohammad Aqim muncul juara, sementara Dayang Nor Afifa Thaqifah Fitiya binti Abdullah di tempat kedua.

    Manakala dalam pertandingan The Dominance of BX anjuran SA Bladerz di Sengkurong Villa, Pengiran Hasswandy bin Pengiran Haji Abu Bakar daripada Undergroundz X meraih gelaran juara selepas berjaya mengatasi Haji Rosaimi daripada DBos Beys.

    Tempat ketiga disandang oleh Awang Amiruddin bin Haji Abdi Manaf daripada Jakusha Bladers setelah menewaskan Awang Massuny bin Haji Mohid daripada Undergroundz X.

    Dalam pertandingan Liga Jakusha Bladers bagi tahun 2024/2025, Pasukan Jakusha Bladers mendahului carta keseluruhan de-ngan 117 mata, diikuti oleh SA Bladerz yang mengumpul 110 mata.

    DBos Beys di tempat ketiga dengan 95 mata dan Undergroundz X di kedudukan keempat dengan 56 mata.

    Awang Mohamad Alim berjaya membawa pulang hadiah utama berupa sebuah TV pintar 24 inci dan blender selepas memenangi kejohanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS
    GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS
    GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda