Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Myanmar peringati ulang tahun ke-75 pembunuhan Jeneral Aung San

    BANGKOK, 19 JULAI – Kerajaan diperintah junta dan pembangkangnya hari ini sama-sama memperingati ulang tahun ke-75 pembunuhan wira kemerdekaan, Jeneral Aung San, bapa pemimpin yang disingkirkan, Aung San Suu Kyi.

    Rapat pro-demokrasi di kawasan berasingan diadakan hari ini di beberapa buah bandar seluruh negara bagi memperingati Aung San, enam rakan kabinet dan dua lagi pegawai lain yang terbunuh 75 tahun lalu pada satu mesyuarat kabinet kurang enam bulan sebelum negara yang dahulunya dikenali sebagai Burma, mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan kolonial British.

    Aung San berusia 32 tahun apabila dia ditembak mati oleh sekumpulan lelaki bersenjata beruniform di pejabat sekretariat di Yangon, bandar paling besar negara itu.

    Pesaing politik, bekas perdana menteri U Saw dibicarakan dan digantung kerana berkomplot dalam pembunuhan politik itu.

    Tunjuk perasaan hari ini bersurai dalam masa singkat bagi mengelak konfrontasi dengan pasukan keselamatan.

    Polis meronda jalan di Yangon pada hari memperingati ulang tahun pembunuhan pejuang kemerdekaan, Jeneral Aung San. – AFP

    Ia juga memberi penghormatan kepada mereka yang mati dalam bantahan pengambilalihan tentera pada Februari tahun lalu yang menyingkirkan Suu Kyi dan kerajaannya yang dipilih rakyat.

    Satu majlis rasmi peringatan sering diadakan setiap tahun di Makam Pahlawan berhampiran kaki Pagoda Shwedagon.

    Namun tahun ini kedua-dua Suu Kyi yang dalam tahanan mahupun Jeneral Kanan Min Aung Hlaing yang mengetuai kerajaan semasa, tidak menghadiri majlis tahun ini.

    Penduduk yang tinggal berhampiran makam peringatan itu juga melihat keselamatan tampak ketat dan hanya beberapa pelawat kelihatan di jalan berhampiran memberikan penghormatan.

    Menurut mereka, pemandangan itu amat berbeza semasa pe-merintahan kerajaan Suu Kyi. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...