Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    IMF beri Tanzania pinjaman lebih AS$1 bilion

    SAN FRANCISCO, 19 JULAI – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kelmarin berkata bahawa ia akan memberi pinjaman berjumlah AS$1.046 bilion kepada Tanzania untuk tempoh 40 bulan, yang bertujuan untuk membantu negara itu agar dapat bertahan dengan kesan peperangan yang berlaku di Ukraine.

    “Peperangan yang berlarutan di Ukraine menyebabkan pemulihan ekonomi Tanzania tergendala selepas pandemik COVID, pembangunan negara yang bertambah teruk dan cabaran pembaharuan untuk meningkatkan potensi ekonominya,” kata IMF dalam satu kenyataan.

    Disebabkan perkara itu, pakar dana percaya negara Afrika akan memerlukan bantuan bagi melaksanakan pembaharuan dan meningkatkan potensi ekonominya. Tanzania dijangka menerima pinjaman berjumlah AS$151.7 juta dengan serta-merta.

    Selain itu, negara itu telah menerima pinjaman sebanyak AS$567 juta pada akhir tahun lalu untuk memenuhi keperluan paling penting, ketika pandemik COVID menjejaskan pemba-ngunan ekonominya, terutamanya dalam sektor pelancongan.

    Peperangan di Ukraine telah menyebabkan harga makanan dan minyak meningkat di seluruh dunia, dan peningkatan dalam harga bijirin yang membimbangkan, kata IMF baru-baru ini dalam satu laporan yang bertajuk ‘A New Shock and Little Room for Maneuver’, kerana sub Sahara Afrika mengimport 85 peratus dari penggunaan bijirinnya, terutamanya sejumlah besar diimport ke Tanzania, Ivory Coast, Senegal dan Mozambique.

    Projek berkenaan telah diumumkan kelmarin, yang menjadi sebahagian daripada Kemudahan Kredit Lanjutan (ECF), sepatutnya membantu pembaharuan kewangan untuk meningkatkan kestabilan kewangan Tanzania, melaksanakan pelaburan awam dan dukungan kepada sektor swasta.

    “Menyedari dengan rekod prestasi kukuh Tanzania dalam pelaksanaan pembaharuan, pengarah-pengarah mendukung permintaan pihak berkuasa untuk pengaturan ECF bagi memenuhi keperluan pembiayaan yang mendesak,” kata pegawai IMF, Bo Li, dipetik dalam kenyataan itu. – AFP

    IMF akan memberi pinjaman berjumlah AS$1.046 bilion kepada Tanzania untuk membantu negara itu agar dapat bertahan dengan kesan peperangan antara Rusia dan Ukraine.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...