Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Mykita tampil reka bentuk kaca mata mewah

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Frame Lens Optical selaku pengedar tunggal kaca mata berjenama Mykita dari Jerman, hari ini meraikan para pelanggannya di premisnya di The Arch, Jalan Pasar Baharu dengan memberi peluang kepada mereka untuk melihat dengan lebih dekat produk yang terdapat di kedai tersebut.

    Antara yang turut hadir ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad; Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa; dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Persekutuan Jerman ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Gerda Winkler.

    Mykita merupakan pengeluar reka bentuk kaca mata mewah yang berpangkalan di Berlin, Jerman yang terkenal di peringkat antarabangsa dengan produk kata mata dan kaca mata hitam buatan tangan.

    Ia merupakan syarikat reka bentuk dan pembuatan kaca mata bebas yang menggabungkan kraf tangan dengan teknologi tinggi di mana kesemua bingkainya adalah buatan tangan yang dihasilkan secara eksklusif di Berlin. Lebih menarik, Mykita menawarkan kaca mata dan kaca mata hitam tanpa skru, yang berbeza berbanding jenama lain, tambahan lagi ia diperbuat daripada bingkai keluli tahan karat.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi berpeluang untuk melihat reka bentuk kaca mata jenama Mykita pada majlis berkenaan.
    Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad berpeluang untuk menyaksikan produk yang dipamerkan pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...