Monday, May 13, 2024
32.8 C
Brunei

    -

    New Zealand rancang kenakan cukai

    WELLINGTON, 11 OKT – New Zealand hari ini mendedahkan rancangan untuk mengenakan cukai kepada pelepasan gas rumah hijau daripada haiwan ternakan, dalam cadangan kontroversi yang direka untuk menangani perubahan iklim.

    Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata levi itu akan menjadi yang pertama seumpamanya di dunia.

    Gas yang dikeluarkan secara semula jadi oleh 6.2 juta ekor lembu New Zealand adalah antara masalah alam sekitar terbesar di negara tersebut.

    Skim ini akan melihat bagaimana petani melepaskan gas daripada haiwan mereka, seperti gas metana dalam kentut dan sendawa dari lembu, dan nitrous oksida dalam air kencing ternakan.

    Ardern memberitahu petani bahawa mereka sepatutnya dapat menampung kos dengan mengenakan bayaran lebih untuk produk mesra iklim.

    Beliau berkata ‘cadangan pragmatik’ tersebut akan mengurangkan pelepasan pertanian sambil menjadikan hasil lebih mampan dengan meningkatkan “jenama eksport” New Zealand.

    Kerajaan berharap untuk menandatangani cadangan tersebut menjelang tahun depan dan cukai itu boleh diperkenalkan dalam masa tiga tahun sahaja.

    Tetapi dengan New Zealand akan pergi mengundi dalam tempoh 15 bulan akan datang, cadangan itu boleh menjejaskan undi luar bandar Ardern kerana petani dengan cepat mengecam rancangan itu. – AFP

    Gambar fail menunjukkan sekumpulan lembu di ladang berhampiran Oxford, di Pulau Selatan New Zealand. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Penggodam Korea Utara curi data dari komputer mahkamah

    SEOUL, 12 MEI - Penggodam Korea Utara mencuri data sensitif, termasuk rekod kewangan individu, daripada rangkaian komputer mahkamah Korea Selatan selama dua tahun, kata...