Sunday, April 28, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Hospital di AS siap siaga

    WASHINGTON, 11 OKT – Hospital di seluruh Amerika Syarikat (AS) bersiap sedia untuk menghadapi musim sejuk berikutan peningkatan kadar demam selesema (flu) dan kekurangan petugas.

    Menurut sesetengah doktor tumpuan terhadap penjagaan kesihatan COVID menyebabkan mereka mengalami masalah kekurangan petugas.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memaklumkan kadar demam selesema dan virus pernafasan lain meningkat di beberapa bahagian di AS yang turut menyaksikan peningkatan keputusan positif ujian flu pada minggu lepas, lapor United Press International (UPI).

    CDC menjangkakan jumlah kes selesema melonjak ke tahap pra-pandemik berikuta sekatan COVID-19 ditarik balik dan orang ramai kembali ke pejabat serta sesi persekolahan kembali berjalan seperti biasa. 

    “Kemungkinan besar kita akan menyaksikan influenza kembali menular pada musim sejuk ini,” kata Ketua Pegawai Pencegahan Jangkitan untuk UCLA Health Dr Dan Uslan kepada NBC News.

    Australia sedang mengalami musim demam selesema paling buruk dalam tempoh lima tahun. AS juga boleh terjejas teruk memandangkan hanya 49 peratus rakyat AS merancang untuk mendapatkan suntikan vaksin untuk mencegah selesema tahun ini. 

    Meskipun jumlah kes COVID-19 terus menurun, puluhan ribu kes baharu masih dikesan setiap hari.

    Apabila musim sejuk tiba dan ramai orang berada di rumah, bilangan virus pernafasan dijangka meningkat dengan hospital tidak cukup kelengkapan menangani lonjakan.

    Dr Carlos del Rio dari Sekolah Perubatan Universiti Emory, jururawat barisan hadapan adanya yang bersara awal atau berhenti menyebabkan banyak hospital bergelut untuk merekrut petugas baharu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...