Thursday, August 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Objek misteri ditembak jatuh di Kanada

    OTTAWA, 12 FEB – Perdana Menteri, Justin Trudeau mengesahkan sebuah objek tidak dikenali ditembak jatuh di ruang udara barat laut Kanada, sehari selepas Amerika Syarikat (AS) memaklumkan pihaknya menembak jatuh objek sama di Alaska.

    “Pesawat Kanada dan AS diterbangkan ke lokasi dan pesawat AS, F-22 berjaya menembak objek berkenaan,” kata Trudeau di Twitter.

    Beliau berkata pasukan tentera Kanada di Yukon akan mencari dan menganalisis serpihan objek terbabit. Katanya, beliau sudah bercakap dengan Presiden AS, Joe Biden berhubung perkara berkenaan.

    Sementara itu, Pemerintah Utara Tentera AS dalam satu kenyataan berkata objek terbabit ditembak jatuh di ruang udara Yukon yang bersempadan dengan Alaska semalam, di mana objek sama turut ditembak pesawat tempur AS pada Jumaat lalu.

    “Aktiviti mengesan (serpihan objek) sedang dilakukan namun Pentagon tidak boleh mendedahkan perincian objek itu termasuk keupayaan, tujuan serta asal usulnya,” katanya. – AFP

    Gambar fail bertarikh 21 Februari 2022 menunjukkan Perdana Menteri Justin Trudeau bercakap semasa sidang media di Ottawa, Ontario, Kanada. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Muhammad Yunus ketuai kerajaan peralihan Bangladesh

    DHAKA, 7 OGOS - Pemenang Hadiah Nobel tunggal Bangladesh, Muhammad Yunus akan mengetuai kerajaan peralihan negara itu susulan peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Sheikh...