Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Operasi Tumpas: Dua lelaki warga asing ditahan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Dua orang lelaki warganegara asing telah ditahan setelah didapati bekerja sendiri melakukan kerja pemotongan pokok dan mengutip besi yang terpakai semasa Operasi Tumpas 82/2022 menyasarkan sebuah kampung di Mukim Mentiri, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), kedua-dua lelaki berkenaan dibawa ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK bagi siasatan lanjut.

    JIPK menekankan, kesalahan melanggar syarat-syarat pas imigresen boleh didenda kompaun sebanyak $600. Tindakan seterusnya, pas kerja dibatalkan dan diusir dari negara ini dan nama-nama mereka boleh disenaraihitamkan untuk tidak dibenarkan lagi bekerja di Negara Brunei Darussalam.

    Manakala itu, majikan yang mengambil, mengaji pesalah imigresen boleh dikenakan denda sebanyak $3,000 bagi setiap seorang pesalah imigresen.

    JIPK mengingatkan orang ramai bahawa memberi pekerjaan atau mengaji mana-mana pesalah imigresen adalah menjadi kesalahan yang mana boleh diambil tindakan undang-undang.

    Sehubungan itu, pihak JIPK akan terus meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di negara ini dengan melaksanakan secara berterusan pemantauan, operasi dan pemeriksaan secara bersendirian atau bersepadu dengan agensi penguatkuasaan yang lain.

    Dua lelaki warganegara asing telah ditahan semasa Operasi Tumpas JIPK. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...