YANGON, 27 NOV – Pagoda Shwedagon yang terkenal di Myanmar, juga dikenali sebagai Pagoda Emas, mencatat kehadiran lebih 6.64 juta pengunjung dari 1 Januari hingga 31 Oktober tahun ini, menurut U Boe Thin, anggota Lembaga Pemegang Amanah Pagoda Shwedagon.
Daripada jumlah itu, 69,391 adalah pelawat asing, dengan majoritinya berasal dari China, Thailand dan Vietnam, kata beliau kepada Xinhua hari ini.
Statistik menunjukkan lebih 3.697 juta pengunjung melawat dari Januari hingga Jun lalu, sementara 2.946 juta lagi dicatat dari Julai hingga Oktober. Pagoda Shwedagon, yang menjadi mercu tanda penting di Yangon, dibuka setiap hari dari pukul 4 pagi hingga 10 malam waktu tempatan. – Xinhua