Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Pasukan IET Brunei Network menjuarai Perlawanan Bowling Day Game 2024 anjuran Bahagian Jurutera PUJA yang telah diadakan di iBowl, Batu Satu, baru-baru ini.
Dalam acara itu, sebanyak 10 pasukan terdiri daripada 40 pemain boling daripada pelbagai latar belakang kejuruteraan menyahut cabaran dengan semangat kesukanan.
Muncul sebagai pemenang di tempat kedua ialah PSME Brunei Chapter, diikuti tempat ketiga PUJA Old Timers. Manakala, Best Spirited diberikan kepada Pasukan PUJA Student Chapter #1.
Terdahulu itu, Pengerusi Bahagian Jurutera, Ir Chin Lee Tuck mengucapkan penghargaan mendalam kepada sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada bahagian, majlis dan pasukan penganjur mengakui usaha mereka dalam mengatur acara yang memberi kesan kepada setiap peserta perlawanan.
Selain mengucapkan terima kasih kepada institusi-institusi yang mengambil bahagian, beliau turut menyatakan, “acara seperti ini menunjukkan bagaimana kejuruteraan menghubungkan dan menyatukan, sekali gus mewujudkan peluang untuk menyumbang secara kolektif kepada komuniti profesional dan masyarakat”.
Pertandingan itu menyaksikan penyertaan yang bersemangat daripada organisasi ternama, termasuk PUJA, IET Brunei Network, PSME Cawangan Brunei dan lain-lain.
Pertandingan itu mempamerkan pelbagai bakat jurutera, arkitek, pelajar dan profesional dari rantau ini dan mewujudkan suasana kerjasama, inovasi dan semangat sukan.
Acara turut menekankan kepentingan kolaborasi dan saling menghormati antara institusi kejuruteraan, menegaskan bagaimana kerjasama dapat memperkukuh hubungan dan membuka jalan untuk masa depan.