Wednesday, November 27, 2024
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peguam khas gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump

    WASHINGTON, 26 NOV – Peguam Khas Amerika Syarikat (AS), Jack Smith yang sebelum ini mendakwa bekas presiden Donald Trump atas kesalahan memanipulasi keputusan pilihan raya dan pengendalian dokumen sulit memohon untuk menggugurkan kedua-dua kes terhadap presiden terpilih itu kelmarin, lapor Xinhua.

    Kes memanipulasi keputusan pilihan raya itu secara rasmi digugurkan tanpa prejudis oleh Hakim Mahkamah Daerah AS, Tanya Chutkan di Washington, selepas Smith mengemukakan permohonan untuk menggugurkannya.

    Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS, Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda