Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelepasan anak penyu di Labuan meningkat tahun lepas

    LABUAN, 9 JAN – Kadar pelepasan anak penyu di Labuan meningkat tahun lepas yang merekodkan 1,883 ekor dilepaskan ke laut, berbanding 1,653 ekor pada 2022.

    Pengarah Jabatan Perikanan Labuan Faizal Ibrahim Suhaili berkata pelepasan anak penyu itu melibatkan spesies karah di beberapa lokasi termasuk Pulau Rusukan Besar, Pulau Rusukan Kecil, Pulau Kuraman dan pantai Sungai Labu.

    “Kami melepaskan anak penyu ini ke laut dari Pusat Konservasi Pemuliharaan Penyu di Pulau Rusukan Besar secara berperingkat bermula awal tahun lepas hingga penghujung 2023,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Faizal Ibrahim berkata peningkatan pelepasan anak penyu itu menunjukkan trend positif dalam inisiatif pemuliharaan, sekali gus menyumbang kepada perlindungan penyu karah di Labuan.

    Mengenai pendaratan penyu bertelur pula, beliau berkata sebanyak 18 pendaratan direkodkan tahun lepas, menurun sedikit berbanding 2022 yang mencatatkan 20 pendaratan. – Bernama

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda