Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pemenang cabutan bertuah Digital World terima hadiah

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 FEB – Seramai 10 pemenang lagi telah menerima hadiah sagu hati daripada Digital World sempena kempen cabutan bertuah sesi 2021-2022 yang berlangsung di Bilik Pameran Digital World, Gadong, hari ini.

    Hadir menyampaikan hadiah-hadiah berkenaan ialah wakil dari Digital World Enterprise.

    Menurut kenyataan Digital World Enterprise, para pemenang adalah antara pemenang bertuah bagi hadiah sagu hati semasa cabutan bertuah dua buah kereta Toyota Wigo baru-baru ini.

    Di samping itu, pemberian hadiah sagu hati berkenaan adalah bertujuan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggannya yang telah memberikan sokongan berterusan selama ini dan juga sebagai salah satu inisiatif syarikat dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.

    Di antara 10 pemenang berkenaan, lima orang daripadanya membawa pulang Samsung MO2 dan lima lagi memenangi Samsung AO2.

    Sehubungan dengan itu, Digital World juga sedang giat mempromosikan kempen cabutan bertuahnya sejak 11 Februari hingga 31 April depan.

    Antara 10 pemenang yang menerima hadiah mereka pada majlis yang diadakan di Bilik Pameran Digital World, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...