Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Penerbangan kedua bakal jemaah haji Negara Brunei Darussalam telah bertolak meninggalkan Negara Brunei Darussalam pagi tadi dengan menggunakan pesawat Royal Brunei Airlines BI4203. Penerbangan dijangka tiba di Madinah pada jam 1:40 petang waktu tempatan.
Penerbangan membawa sejumlah 254 orang bakal jemaah haji termasuk Pegawai Pejabat Urusan Jemaah Haji Negara Brunei Darussalam (Perubatan); Pegawai Syarikat Darussalam Services Sendirian Berhad (DSSB) dan Pegawai Syarikat At-Taqwa Travel & Tours Sdn. Bhd.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/06/DSC_1198-scaled.jpg)