Tuesday, February 4, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pengeluaran sektor pembuatan Vietnam jatuh buat kali pertama

    HANOI, 3 FEB – Tempahan baharu dalam sektor pembuatan Vietnam menurun buat pertama kali dalam tempoh empat bulan pada Januari susulan permintaan pelanggan yang berkurangan, menurut laporan yang dikeluarkan oleh S&P Global Market Intelligence hari ini, lapor Xinhua.

    Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Vietnam oleh S&P Global mencatatkan 48.9 pada Januari, susut daripada 49.8 pada Disember dan kekal di bawah paras 50 buat bulan kedua berturut-turut.

    Menurut laporan itu, keadaan perniagaan dalam sektor berkenaan merosot pada bulan pertama 2025 berikutan penurunan baharu dalam pengeluaran dan tempahan baharu.

    Pengurangan dalam tempahan baharu itu turut menyebabkan kejatuhan dalam pengeluaran, juga buat pertama kali dalam tempoh empat bulan.

    Pengarah ekonomi S&P Global Market Intelligence, Andrew Harker berkata pengeluar berharap ‘keadaan akan mula bertambah baik dalam masa terdekat’.

    “S&P Global Market Intelligence menjangkakan pengeluaran industri Vietnam berkembang sebanyak 4.6 peratus tahun ini,” katanya. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda