BEIRUT, 26 NOV – Perjanjian gencatan senjata antara Hizbullah dan Israel hampir selesai dan mungkin diumumkan dalam tempoh 36 jam jika rundingan berjalan lancar, lapor agensi Anadolu.
“Suasana kini positif, dan perbincangan gencatan senjata telah mencapai tahap seterusnya. Hanya tinggal beberapa jam sebelum perjanjian dimuktamadkan dan diumumkan sekiranya kemajuan berterusan seperti yang diharapkan,” kata ahli parlimen Lubnan, Qassem Hashem, kelmarin.
Perkembangan tersebut berlaku serentak dengan laporan bahawa Kabinet keselamatan Israel akan bersidang hari ini untuk meluluskan perjanjian gencatan senjata dengan Hizbullah. – Bernama