Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Perutusan tahniah, takziah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah perutusan tahniah kepada Presiden Republik Turkiye, Tuan Yang Terutama Recep Tayyip Erdogan, kerajaan dan rakyat Republik Turkiye bersempena Hari Republik Turkiye yang ke-100 tahun.

    Sementara itu, dalam perutusan berasingan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah berkenan menghantar titah-titah perutusan takziah kepada Presiden Republik Rakyat China, TYT Xi Jinping dan Perdana Menteri Republik Rakyat China, TYT Li Qiang berikutan dengan meninggalnya bekas Perdana Menteri Republik Rakyat China, Li Keqiang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda