Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pesara didakwa terlibat pengubahan wang haram hampir RM1.7 juta

    SHAH ALAM, 23 JUN – Seorang pesara swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 12 pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram hampir RM1.7 juta.

    Bagi semua pertuduhan, K.Suranderan, 60, didakwa melupuskan wang RM1,685,543.27 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram ke akaun beberapa bank milik empat syarikat, tiga individu serta tertuduh sendiri, termasuk akaun kad kredit antara RM11,398 dan RM516,480.

    Suranderan didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di OCBC Bank (Malaysia) Bhd, cawangan Klang antara 14 Nov 2019 dan 29 Mac 2021.

    Pertuduhan dikemukakan di bawah perenggan 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

    Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi. – Bernama

    Pesara swasta K.Suranderan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin atas 12 pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram hampir RM1.7 juta. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...