Monday, September 30, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PGGMB raikan majlis maulud

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Persekutuan Guru-guru Melayu Brunei (PGGMB) tidak ketinggalan untuk mengadakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bagi warga PGGMB yang berlangsung di Bangunan PGGMB, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Timbalan Yang Di-Pertua PGGMB, Haji Badar bin Haji Ali, ahli Jawatankuasa Tertinggi PGGMB serta warga PGGMB.

    Program itu diisikan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Haji Badar serta ceramah khas Maulud yang disampaikan oleh Pensyarah dari Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Cecep Soleh Kurninawan yang membawa tema Menghayati Kecintaan Rasulullah Terhadap Kita.

    Menurut Pengarah Badan Agama PGGMB, Haji Rosli bin Haj Mohd Salleh, intipati ceramah yang disampaikan amatlah baik dan sesuai diamalkan dan dipraktikkan pada masa ini.

    Menurutnya lagi, menanam rasa kecintaan kita kepada Rasulullah SAW amatlah dituntut oleh agama dan oleh itu, diharapkan semoga warga PGGMB akan dapat mengikuti, mengamalkan dan meneladani Rasulullah SAW yang dicintai.

    Majlis sambutan berkenaan merupakan aktiviti tahunan Badan Agama PGGMB bertujuan untuk menghayati dan mengamalkan ajaran-ajaran serta sunah-sunah yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya.

    Haji Badar bergambar ramai dengan warga PGGMB semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda