Saturday, October 5, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    PM Srettha akan bertemu Sheikh Al-Azhar sempena 70 tahun hubungan diplomatik

    BANGKOK, 5 JULAI – Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin dijadualkan bertemu dengan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb pada 8 Julai semasa lawatan rasmi beliau ke sini untuk menandakan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tahun ini.

    Jurucakap Kerajaan, Chai Wacharonke, berkata El-Tayeb sedang dalam lawatan rasmi ke Thailand dari 5 hingga 8 Julai sebagai tetamu kerajaan Thailand.

    “Semasa lawatan rasmi itu, Sheikh Al-Azhar akan mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri pada 8 Julai 2024 di Rumah Kerajaan dan bertemu dengan Sheikhul Islam Thailand serta Speaker Dewan,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

    Chai berkata lawatan rasmi Sheikh Al-Azhar itu akan menjadi peluang penting bagi kedua-dua negara untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama, terutamanya dalam aspek budaya, pendidikan dan agama, serta meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik.

    Mesir dan Thailand menjalin hubungan diplomatik pada tahun 1954. – Bernama

    Thavisin ketika bercakap kepada media di luar Rumah Kerajaan Thailand, Bangkok pada 7 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda