Monday, December 2, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis Myanmar rampas dadah bernilai kira-kira AS$302,000

    YANGON, 1 DIS – Polis Myanmar berjaya merampas 26.35 kilogram heroin dan 480,000 pil perangsang dalam satu operasi di negeri Shan Timur, lapor akhbar milik kerajaan Myanmar, The Mirror, hari ini.

    Operasi tersebut dijalankan bersama pasukan anti-narkotik di perbandaran Yatsauk, negeri Shan, pada 24 November lalu, susulan maklumat awam yang diterima.

    Pemeriksaan terhadap dua kenderaan di lokasi tersebut membawa kepada penahanan tiga suspek dan rampasan dadah berkenaan, menurut laporan itu.

    Empat lagi suspek ditahan di perbandaran Pyigyidagun, Mandalay, pada hari berikutnya atas kaitan dengan sindiket pengedaran dadah tersebut.

    Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan melebihi kira-kira AS$302,000, tambah laporan itu.

    Kesemua suspek telah didakwa mengikut undang-undang Myanmar dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian lain yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah tersebut. – Xinhua

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda