Thursday, January 30, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Polis siasatan karavan penuh dengan bahan letupan

    SYDNEY, 29 JAN – Polis Australia sedang menyiasat sama ada bahan letupan yang ditemui dalam sebuah karavan beberapa hari lalu di Sydney, ibu kota bagi New South Wales (NSW), Australia, bertujuan untuk digunakan dalam serangan anti semetik.

    Polis NSW hari ini berkata karavan yang dipenuhi dengan bahan letupan itu ditemui di sebuah hartanah di Dural, kira-kira 25 kilometer barat laut bahagian tengah Sydney, pada 19 Januari lalu.

    Bercakap semasa sidang media, Timbalan Pesuruhjaya Polis NSW, David Hudson berkata terdapat ‘beberapa petunjuk’ bahawa bahan letupan itu bertujuan untuk digunakan dalam serangan anti semetik.

    Dia berkata polis NSW bekerjasama dengan Polis Persekutuan Australia, Pertubuhan Risikan Keselamatan Australia dan pihak polis di negeri berhampiran Victoria dan Queensland untuk menyiasat insiden itu.

    Perdana Menteri NSW, Chris Minns berkata segala aset negeri itu telah dikerahkan untuk berhadapan ‘ancaman sangat serius’ kepada masyarakat.- Xinhua

    Gambar hiasan Freepik.

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda