Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Print Plus sambut ulang tahun penubuhan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Print Plus Sdn Bhd (Print Plus) meraikan ulang tahun kedua penubuhannya baru-baru ini dengan majlis solat Hajat dan Doa Selamat di surau kampus Print Plus di Lapangan Terbang Lama Berakas.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin selaku pengerusi lembaga pengarah; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi) selaku Naib Pengerusi, Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani dan ahli Lembaga Pengarah, Awang Kamal Ariffin bin Pehin Dato Haji Ahmad.

    Juga hadir ialah Pengurus Besar Print Plus, Awang Muhammad Reeda bin Haji Malik dan kakitangan syarikat.

    Dalam satu kenyataan yang diterima, Awang Muhammad Reeda berkata, “Sejak ditubuhkan pada Julai 2020, Print Plus telah berkembang daripada Jabatan Percetakan Kerajaan kepada entiti komersial di bawah kumpulan syarikat Darussalam Assets.

    “Banyak usaha yang telah dilakukan untuk mempertingkat kecekapan dan menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan yang berkualiti. Kesemua ini tidak mungkin dicapai tanpa kerja keras berterusan dan dedikasi kumpulan kakitangan.

    “Mengenai rancangan masa depan, syarikat berusaha memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu dan inovatif untuk memenuhi keperluan perusahaan mikro, kecil dan sederhana dan pemain industri yang lebih besar di dalam dan luar negara,” kata beliau.

    Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf hadir bersama tetamu lain pada majlis Doa Selamat yang berlangsung di surau kampus Print Plus di Lapangan Terbang Lama Berakas, baru-baru ini. – Gambar serahan Print Plus
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda