Monday, September 30, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program jana pemikiran belia optimis, realistik

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Dalam usaha untuk menanamkan semangat kerjasama dalam kalangan belia, kumpulan belia dan beliawanis telah menghadiri dan berjaya menamatkan Program Pembangunan Pasukan bagi Belia dan Beliawanis Masjid Senegara yang berlangsung di Taman Rekreasi Hutan Simpan Berakas, hari ini.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta program ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Program yang membawa tema, Menjana Pemikiran Optimis dan Realistik di anjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Belia dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam.

    Program itu bermatlamat untuk memberikan pengetahuan kepada para peserta mengenai kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas yang efektif.

    Di samping mendedahkan para peserta kepada aspek kebolehtahanan berunding dan mencapai persetujuan, ia juga bagi mewujudkan komunikasi berkesan serta semangat kerjasama dalam kalangan belia dan beliawanis masjid sesi pendaftaran 2024 hingga 2026 yang secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturahim sesama mereka.

    Haji Amir Hisham menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta program berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda