Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program pemindahan teknologi kelapa sawit 14 Oktober ini

    KUCHING, 9 OKT – Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), dengan kerjasama Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (M-FICORD) Sarawak, akan mengadakan Program Pemindahan Teknologi Kelapa Sawit Sarawak (TOT Sarawak 2024) di Kuching, pada 14 Oktober ini.

    Dalam kenyataan hari ini, MPOB menjelaskan program itu bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi inovatif dalam kalangan peserta industri, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bagi meningkatkan daya saing dalam pasaran tempatan dan global.

    “TOT Sarawak 2024, yang akan dirasmikan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyasarkan penglibatan peserta industri dan usahawan di Sarawak bertujuan menggalakkan pengkomersialan teknologi inovatif MPOB untuk manfaat masyarakat tempatan,” jelasnya.

    Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata program itu menawarkan peluang eksklusif kepada usahawan dan peserta industri di Sarawak untuk terlibat secara langsung dengan penyelidik MPOB berkaitan dengan ciptaan inovatif mereka. “Ini merupakan peluang unik untuk mempercepat pengkomersilan teknologi kelapa sawit, memacu pembangunan mampan dan kemajuan industri kelapa sawit di Sarawak,” katanya.

    Program serupa yang diadakan di Selangor pada Julai lepas telah berjaya menarik lebih 500 peserta daripada pelbagai sektor termasuk usahawan PMKS.

    Enam teknologi baharu telah diperkenalkan semasa acara itu, menjadikan jumlah keseluruhan teknologi yang dibangunkan oleh MPOB sebanyak 720. – Bernama

    Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menunjukkan efluen yang belum diproses semasa sidang media selepas Majlis Pelancaran Teknologi Rawatan Efluen Kilang Kelapa Sawit (POME) yang dikenali sebagai RT-Eco di Seri Morib Palm Oil Mill Banting, pada 4 September. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda