Thursday, January 23, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Program Taklimat Kenegaraan diteruskan ke SM Perdana Wazir

    Oleh Sim Y.H. –

    BELAIT, 22 JAN – Program Taklimat Kenegaraan, Raja Kita, Menghayati Bendera dan Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah diteruskan lagi ke Sekolah Menengah (SM) Perdana Wazir, Kuala Belait, kelmarin.

    Menurut kenyataan Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Cawangan Penerangan Daerah Tutong, Bahagian Cawangan Daerah, menyatakan program berkenaan adalah sebagai usaha berte-rusan jabatan berkenaan untuk menyemai cinta terhadap raja,
    agama, bangsa dan negara khususnya dalam kalangan penuntut sekolah.

    Taklimat yang diadakan di dewan serba guna sekolah itu telah menyaksikan penyertaan seramai 110 penuntut Tahun 7 yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengetua Akademik, Pengiran Suzelawatiaidah binti Pengiran Haji Sulaiman dan para tenaga pengajar sekolah itu.

    Taklimat disampaikan oleh Pegawai Penerangan selaku Ketua Cawangan Penerangan Daerah Belait, Awang Muhd Khairulhadi bin Haji Muhd Muhtaddir dan Pemangku Pegawai Luar, Bahagian Cawangan Penerangan, Dayang Noraisah binti Haji Muhammad yang antara lain menyentuh mengenai raja, sejarah dan tatacara menaik kibarkan bendera negara serta sejarah lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam Allah Peliharakan Sultan.

    Selain itu, para penuntut juga menyaksikan tayangan video animasi Tatacara Menaikkan Bendera dan berpeluang menyertai Kuiz Kenegaraan bagi meningkatkan lagi kefahaman tentang taklimat yang disampaikan.

    Program itu merupakan salah satu usaha berterusan Jabatan Penerangan dalam menyemai cinta terhadap raja, agama, bangsa dan negara.

    Ia juga dihasratkan akan dapat mengukuhkan lagi semangat solidariti, patriotik dan kenegaraan yang tinggi dalam diri penuntut.

    Salah seorang pelajar menjawab kuiz semasa taklimat. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Antara pelajar yang menghadiri Taklimat Kenegaraan di SM Perdana Wazir, Kuala Belait, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda