Sunday, May 12, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    PRU15: 7,063 anggota polis Sarawak sudah bersiap sedia

    KUCHING, 30 SEPT – Seramai 7,063 pegawai dan anggota Polis Sarawak sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

    Beliau berkata pihaknya akan menggunakan pengalaman semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tahun lepas bagi tujuan gerak kerja dan penugasan anggota pada PRU15 nanti.

    “Penugasan semasa PRU15 nanti tidak akan melibatkan bantuan anggota dari luar Sarawak, kita guna kekuatan sendiri,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, hari ini.

    Mengulas mengenai persiapan Polis Sarawak menghadapi musim Monsun Timur Laut tahun ini, Mohd Azman berkata selain 1,663 anggota sudah bersiap sedia untuk penugasan, sejumlah 1,064 aset Polis Sarawak yang terdiri daripada aset darat, laut dan udara sedia digerakkan pada bila-bila masa yang diperlukan dalam menghadapi banjir. – Bernama

    Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri pada sidang media di Ibu Pejabat Kontijen Polis (IPK) Sarawak kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sherpa lebarkan rekodnya sendiri, daki Gunung Everest kali ke-29

    KATHMANDU, 12 MEI - Salah seorang sherpa pendakian terhebat di Gunung Everest telah mendaki puncak tertinggi dunia untuk kali ke-29, memanjangkan rekodnya sendiri untuk...