Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pupuk budaya menghargai, prihatin

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 APRIL – Sebagai sokongan dan komitmen kepada tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC), berjaya menganjurkan acara amal tahunan Assist and Care, kelmarin, di mana ia merupakan bahagian penting dalam strategi CSR BMC, #RESPECT.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BMC, di sini, menyatakan dengan sokongan daripada pengurusan BMC dan derma dalam bentuk sumbangan daripada kakitangannya, keluarga yang memerlukan yang berada di Sungai Liang telah menerima barangan keperluan harian seperti minyak masak, beras, makanan kering dan banyak lagi.

    Sumbangan berkenaan dihasratkan untuk meringankan beban mereka khususnya semasa bulan suci Ramadan serta pada masa yang sama, menyebarkan keriangan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

    Hadir semasa penyampaian sumbangan berkenaan ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BMC, Awang Abdul Mu’izz bin Dato Paduka Haji Alikhan; Ketua Kampung Sungai Liang, Awang Mohammad Haszrin bin Bagol serta wakil-wakil daripada Jawatankuasa Acara Tajaan Derma (ESD) dan kakitangan BMC.

    BMC terus komited untuk melaksanakan acara seumpama itu yang mempromosi kesejahteraan masyarakat di tempat ia beroperasi. Syarikat itu percaya inisiatif berkenaan bukan sahaja memberikan manfaat kepada para penerima tetapi ia juga memupuk budaya menghargai dan prihatin dikalangan kakitangannya.

    Acara itu juga menyediakan peluang bagi kakitangan BMC bagi terlibat dalam kegiatan amal dan kesukarelawanan semasa bulan Ramadan, mengukuhkan hubungan komuniti serta menyebarkan kebahagian.

    Kakitangan BMC yang turut serta dalam acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN BMC
    Sumbangan yang dihulurkan BMC berupa barangan keperluan harian. – GAMBAR SERAHAN BMC

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda