Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Puteri mahkota Belanda dikawal rapi susulan ancaman penculikan

    MOSCOW, 14 OKT – Puteri Mahkota Belanda Catharina-Amalia dikawal rapi di istana susulan ancaman penculikan, titah raja dan permaisuri Belanda pada Khamis.

    Puteri berusia 18 tahun itu sebelum ini dilaporkan menyambung pelajaran di sebuah universiti tempatan di Amsterdam pada September dalam bidang sains politik, psikologi, undang-undang dan ekonomi. 

    Bagaimanapun, puteri Amalia terpaksa meninggalkan kediaman pelajarnya dan kembali ke istana diraja Huis ten Bosch di pinggir Den Haag selepas menerima pelbagai ancaman sejak beberapa minggu lalu, lapor Sputnik.

    “Puteri Amalia tidak dibenarkan keluar dari istana kerana ia boleh mendatangkan kesan yang besar terhadap kehidupannya,” titah Raja Willem-Alexander dan Permaisuri Maxima dalam sidang media, seperti dipetik akhbar Belanda NL Times.

    Sidang media itu berlangsung semasa lawatan baginda berdua ke Sweden. 

    Media lain melaporkan bahawa Puteri Amalia terus mengikuti sesi pembelajaran di universiti itu yang jaraknya lebih 50 kilometer (31 batu) dari istana. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...