Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Madrid tunggu kedatangan Barcelona

    BARCELONA, 14 OKT – Real Madrid mempamerkan kekuatan mental di bawah tekanan dalam mencapai kegemilangan di Liga Juara-Juara musim lalu.

    Mereka bangkit selepas ketinggalan di belakang Paris Saint-Germain, Chelsea dan Manchester City dalam laluan ke final ketika dilihat hampir mustahil untuk menang, ketika semua harapan menghilang.

    Ahad ini, mereka akan menantikan kehadiran Barcelona pada aksi Clasico, kedua-duanya masih belum tewas dalam La Liga, namun Barcelona hadir dengan cara berbeza selepas malam yang sukar menentang Inter Milan.

    Keputusan seri 3-3 di Camp Nou menyebabkan Barcelona hampir tersingkir daripada peringkat kumpulan manakala Madrid sudah mengesahkan kedudukan di kelompok 16 terakhir.

    Pendahulu liga, Barcelona yang menewaskan Madrid 4-0 di Santiago Bernabeu musim lalu, kini datang selaku underdogs.

    Selepas diundi dalam kumpulan paling sukar di Eropah, keputusan kontroversi pengadil di Milan selain beberapa pemain cedera, ia perjalanan yang sukar buat skuad dari Catalan itu.

    “Ia kejam, teruk, sangat kejam,” kata Xavi selepas seri berdepan Inter. “Kini kami perlu memikirkan mengenai Madrid, Clasico, pemulihan, dan pada Ahad cuba mengalahkan Madrid di Bernabeu yang pastinya bukan mudah.

    “Marilah lupakan seketika Liga Juara-Juara dan fokus kepada La Liga, kami adalah pendahulu dan mahu kekal di sana. Kami harap ia tidak akan menjelaskan kami dari segi psikologi atau moral pemain.” – AFP

    Aksi pemain Inter Milan, Lautaro Martinez (kiri) dengan pemain Barcelona, Eric Garcia semasa perlawanan bola sepak di stadium Camp Nou, Barcelona, Sepanyol, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...