Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Rancang bina resort, padang golf di Vietnam’

    HANOI, 9 OKT – Kumpulan hotel bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, akan membangunkan projek resort mewah dan padang golf bernilai AS$1.5 bilion di Vietnam, kata rakan kongsi tempatan dan media kerajaan itu.

    Satu memorandum persefahaman untuk perjanjian itu ditandatangani semasa lawatan pemimpin tertinggi Vietnam, To Lam ke AS bulan lepas, kata pemaju Kinh Bac City dalam satu kenyataan.

    Calon presiden Republik itu meluangkan masa daripada kempen untuk menyaksikan tandatangan oleh anaknya, Eric.

    Akhbar rasmi kerajaan Vietnam, Bao Chinh Phu hari ini berkata, seorang kakitangan di Bandar Kinh Bac, yang enggan namanya didedahkan, telah mengesahkan nilai projek berkenaan kepada AFP.

    Trump memberi kerpercayaan kepada anak lelakinya terhadap pengurusan empayar hartanahnya selepas memegang jawatan sebagai presiden pada 2017, walaupun dia memegang sahamnya dalam Organisasi Trump.

    Kompleks golf itu akan menampilkan padang dengan 54 lubang dan vila kediaman di luar Hanoi, lapor media kerajaan. – AFP

    Trump bercakap pada 7 Oktober di Miami semasa acara menandakan setahun sejak serangan Hamas ke atas Israel. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda